Wednesday, April 29, 2009

COMBI On Call Part 2 telah bermula......



COMBI On Call merupakan aktiviti yang berterusan bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes .Ianya program santai di hujung minggu melibatkan kumpulan kecil promoter yang berkonsepkan cari dan musnah.Alhamdulilah pada 25hb.April bertempat di flat blok I~L program ini mendapat sambutan penduduk setempat tak kira dewasa & kanak-kanak telah bersama-sama membersihkan longkang tersumbat.Terimakasih kepada penghuni blok I~L atas sokongan yang diberi.Kebersihan tanggungjawab bersama.

Bersamamu COMBI Sehati Sejiwa " Pembuka tirai program COMBI 2009"


Opps.....sorry terlewat siaran.Ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2009,melibatkan Skuad I-Remaja COMBI Taman Nilai Perdana dimana sehingga ke saat ini keahliannya telah meningkat kepada 89 orang.Bravo buat remaja di Taman Nilai Perdana atas penglibatan anda semua.Program ini merupakan ziarah sekitar rumah teres 2 tingkat & rumah teres setingkat di Fasa 2 bagi menyampaikan risalah aedes & denggi kepada penduduk.Pada hari itu juga telah diadakan pelancaran t-shirt untuk skuad I-Remaja COMBI.Nampak macam sesi memperkenalkan jersi baru kelab untuk musim baru.