Tuesday, October 27, 2009

COMBI Behari Raya Eidulfitri 1403H/2009 [18-Oct 2009]

Pemberian cenderhati pada promoter COMBI Pn.Salmah yang akan balik kampung Muar.Terimakasih atas sokongan puan selama ini bagi menjayakan program COMBI Taman Nilai Perdana.
Pertandingan masak rendang juga diadakan antara promoter COMBI.... kelihatan para hakim sedang menentukan pemenang rendang sapa yang paling best.

Kanak-kanak menunggu giliran untuk mendapatkan duit raya....eh wah seronoknya


Antara penduduk yang hadir bagi memeriahkan sambutan raya COMBI Taman Nilai Perdana


Alhamdulilah pada tahun ini sekali lagi kami COMBI Taman Nilai Perdana berjaya menganjurkan Sambutan Raya.Tahun ini kami tidak bersendirian, ianya anjuran bersama badan NGO Taman Nilai Perdana antaranya KRT,Perkemas,Badan Kebajikan Fasa 2 dan juga Persatuan Kebajikan Flet Kos Rendah.Terimakasih atas sokongan semua.Semoga hubungan siratulrahim warga Nilai Perdana semakin bertambah erat.Tidak lupa juga ucapan terimakasih kepada tetamu yang hadir pada hari itu iaitu pegawai kesihatan PKD Seremban,wakil MPN,Balai Polis Nilai,Klinik Kesihatan Nilai dan juga rakan SPS dari Taman Pinggiran Golf,Bandar Enstek,Taman Semarak.

Monday, August 31, 2009

Program Gotong Royong Bersama KRT [15-Ogos 2009]









Program anjuran bersama KRT ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hasim bin Rosdi Exco Kerajaan Negeri Sembilan .Gotong royong ini bertumpu dikawasan rumah teres fasa 2 & flet berhampiran.Program ini juga melibatkan team dari Majlis Perbandaran Nilai serta PKD Seremban.Sokongan yang diberikan terutamanya dari penduduk setempat amat mengalakkan.Semoga Taman Nilai Perdana sentiasa bebas dari serangan nyamuk aedes.Tiada aedes tiada denggi.


Perasmian Laman Web & Sambutan Delegasi Persidangan Kawalan Denggi Peringkat Kebangsaan [28-Julai 2009]

Pada sebelah pagi, Pengerusi COMBI Tuan Haji Abdul Kadir telah dijemput untuk membentangkan aktiviti-aktiviti COMBI Taman Nilai Perdana bertempat di Nilai Spring Hotel & Resort.
Terimaksih kepada pasukan traffik Nilai atas kerjasama menjayakan gimick Ops.. sikap COMBI sempena lawatan deligasi Persidangan Kawalan Denggi ke Nilai Perdana.
Ops.. sikap dimalam hari dimana bas deligasi telah menjadi sasaran untuk menyampaikan mesej COMBI.
Persembahan dari Skuad Remaja I-COMBI tentang bahaya nya nyamuk aedes sehingga boleh membawa maut.Persembahan mantap mereka mendapat tepukan yang gemuruh dari para hadirin.
Yang ni pulak.... merupakan bakal-bakal YB yang segak bergaya dengan baju batik.Cayalah..... tengah hafal skrip ke tu?
Tengoklah promoter wanita COMBI yang tak kurang hebatnya....macam tengah practice lagu nasyid je.Terimakasih sokongan yang diberikan atas menjayakan program ini.Kita beri 5 bintang atas komitment yang diberikan oleh mereka.
Besama-sama mendendangkan lagu "Rindu" dipenghujung program
Group photo bersama dengan delegasi dan promoter combi

Perasmian laman web / blog COMBI Taman Nilai Perdana telah disempurnakan oleh Dr.Zainuddin dari PKD Seremban.

Sunday, August 30, 2009

Jemputan Program Kursus Kaunseling Kesihatan Masjid Lama Nilai [26-Julai 2009]



Pada 26-Julai yang lalu COMBI Nilai Perdana telah dijemput untuk menjayakan Program Kursus Kaunseling Kesihatan di Masjid Nilai Lama.Alhamdulilah beberapa orang promoter telah hadir pada program tersebut.Seperti biasa COMBI bersama dengan PKD Seremban telah mengadakan pameran poster berkaitan dengan Aedes & Denggi.

Thursday, July 9, 2009

Pameran COMBI D Majlis Pelancaran Kempen Pencegahan Denggi Peringkat Negeri Sembilan Tarikh : 30-Jun 2009 Di City Park Seremban 2

Booth COMBI Taman Nilai Perdana mendapat sambutan hangat terutamanya dari para pelajar sekolah.
Lawatan VIP ke booth COMBI Taman Nilai Perdana.YB sedang menandatangani buku lawatan.
Penyampaian cenderahati kepada wakil COMBI Taman Nilai Perdana oleh YB Dato' Haji Ismail bin Taib Exco Kerajaan Negeri Sembilan

Sepetang COMBI Bersamamu Part 2[Lokasi Pasar Malam Taman Nilai Perdana- Tarikh :25-Jun 2009 Jam 6.00ptg ~10.00mlm]

Penerangan aktiviti COMBI oleh promoter kepada pengunjung yang hadir.
Promoter ronda di pasar malam sambil menyampaikan mesej COMBI kepada para peniaga.
Lepas penat bertugas jom kita makan dorian.Terimakasih kepada rakan secombi En.Kahar atas sponsor durian.
Barisan para promoter yang sentiasa memberikan komitment yang tinggi dalam menjayakan aktiviti COMBI Taman Nilai Perdana.Tahniah & syabas kepada semua.

Wednesday, May 27, 2009

Ops Sikap COMBI 2 [ 17-Mei 2009 ]

Wah nampak begaya jejaka pilihan OPS Sikap.....Bang Din COMBI(Pegawai Traffik Nilai ) bersama rakan COMBI SPS,saudara Ibrahim dari Bandar Enstek.


Bukan 4 ,bukan 5........ tapi 206 kenderaan pelabagai jenis telah berjaya ditahan bagi menyampaikan mesej COMBI
Mesej COMBI dimana jua disampaikan.......
Cik jangan takut ....Abang trafik tu bukan nak saman....
ia cuma nak pastikan program Ops Sikap COMBI bejalan lancar.
Ini adalah mereka yang terlibat dalam program OPS Sikap COMBI 2 diantaranya promoter COMBI TNP,rakan-rakan KRT ,PKD Seremban,Balai Polis Nilai.Terimakasih atas sokongan semua .Tak lupa jupa MPN atas sumbangan khemah & kerusi meja dan rakan COMBI SPS dari Bandar Enstek, En. Ibrahim & isteri