Wednesday, April 29, 2009

COMBI On Call Part 2 telah bermula......



COMBI On Call merupakan aktiviti yang berterusan bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes .Ianya program santai di hujung minggu melibatkan kumpulan kecil promoter yang berkonsepkan cari dan musnah.Alhamdulilah pada 25hb.April bertempat di flat blok I~L program ini mendapat sambutan penduduk setempat tak kira dewasa & kanak-kanak telah bersama-sama membersihkan longkang tersumbat.Terimakasih kepada penghuni blok I~L atas sokongan yang diberi.Kebersihan tanggungjawab bersama.

Bersamamu COMBI Sehati Sejiwa " Pembuka tirai program COMBI 2009"


Opps.....sorry terlewat siaran.Ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2009,melibatkan Skuad I-Remaja COMBI Taman Nilai Perdana dimana sehingga ke saat ini keahliannya telah meningkat kepada 89 orang.Bravo buat remaja di Taman Nilai Perdana atas penglibatan anda semua.Program ini merupakan ziarah sekitar rumah teres 2 tingkat & rumah teres setingkat di Fasa 2 bagi menyampaikan risalah aedes & denggi kepada penduduk.Pada hari itu juga telah diadakan pelancaran t-shirt untuk skuad I-Remaja COMBI.Nampak macam sesi memperkenalkan jersi baru kelab untuk musim baru.

Saturday, April 18, 2009

Mini Konvensyen COMBI Peringkat Daerah Seremban


Mini Konvensyen COMBI peringkat daerah Seremban telah berlansung semalam 18-April 2009 di Bilik Mesyuarat Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.Sebanyak 15 lokaliti telah menyertainya bagi membentangkan pelan tindakan aktiviti 2009.Ia juga merupakan perkongsian pintar diantara lokaliti COMBI di Seremban dalam usaha memperhebatkan aktiviti menanangi nyamuk aedes. Tahniah kepada COMBI Nilai Perdana kerana berjaya sekali lagi mengondol tempat pertama.Gambar diatas hadiah tempat pertama disampaikan oleh Pengerusi COMBI Seremban Datuk Dermataksiah kepada Tuan Hj.Abdul Kadir.

Sunday, April 12, 2009

Program smartpartnership & lawatan COMBI Kuantan




Alhamdulilah program SMARTPARTNERSHIP yang melibatkan 5 lokaliti berjaya dilancarkan hari ini oleh Pegawai Kesihatan Daerah Seremban Dr.Zainudin Ali yang terdiri dari:
1.Taman Nilai Perdana
2.Taman Pinggiran Golf
3.Taman Semarak 1
4.Taman Semarak 2
5.Bandar Enstek
Terimakasih pada semua lokaliti yang terlibat dalam menjayakan program.Semoga program yang akan datang mendapat sokangan penuh dari semua lokaliti seperti yang kita lihat pada hari.
Disamping itu juga kita rasa amat berbangga atas kehadiran rakan COMBI dari Kuantan ke Taman Nilai Perdana.

Friday, April 10, 2009

Serba sedikit tentang COMBI Taman Nilai Perdana

Dilancarkan pada 10.Sept 2006 ekoran peningkatan kes demam denggi iaitu sebanyak 16 kes.
Apa itu COMBI? COMBI adalah singkatan dari "COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT".Dalam bahasa Malaysia ia membawa maksud "KOMUNIKASI UNTUK PERUBAHAN TINGKAH LAKU".Promoter berperanan mempromosikan perubahan tingkah laku masyarakat kearah positif.Dan ianya harus dilakukan secara berterusan dengan pelbagai cara & keadah.

COMBI Joint KRT Nilai Perdana 7-Sebelah

Otai COMBI vs Veteran Fasa 2
Keputusan Otai COMBI menang dengan jaringan (3 - 1)

COMBI D Maulidul Rasul Anjuran Surau Al-Ikhlas



Team Promoter COMBI Taman Nilai Perdana


Barisan promoter COMBI yang komited dalam setiap aktiviti yang yang dijalankan

Team Promoter COMBI Taman Nilai Perdana

Barisan promoter COMBI Taman Nilai Perdana
yang dedikasi dalam setiap aktiviti yang dijalankan